๐ซต ibnu arasy gone to Arasy ALLAH S.W.T. ALMIGHTY in a blink of an eye front the human at the world @ fitrah night to journey Al Isra' wal Mi'raj at EYE SOMEONE WHO VERY SPECIAL FROM ALLAH S.W.T. ๐ i love RASULULLAH S.A.W. FOREVER ๐คฒ๐๐๐๐๐๐๐คฒ๐ซต๐คฒ☝️( LEFT ARASY ๐ง๐ฎ ARASY RIGHT ) IBNU arasy the praying TO ALLAHU AKBAR WALILLAH HILHAM ๐ IBNU ARASY FROM paya KELADI MOSQUE KEPALA BATAS PULAU PINANG MALAYSIA DARUL RAHMAT SYAAFAAT TODAY WITH SALAWAT JIBRIL A.S. BERTAM INDAH PARK KEPALA BATAS PULAU PINANG MALAYSIA DARUL RAHMAT SYAAFAAT the secret is out who is the ibnu arasy from TURKIYE Muhammad Al-Fateh at the green world justice DAY BECAUSE HE PRAYING is a great day and time at ARASY AMIN YA RABBAL ALAMIN THE GOVERNMENT JOB AT PENANG WHILE 1974 UNTIL TODAY BECAUSE BLESSING OF THE GOD ๐ซต ibnu arasy gone to Arasy ALLAH S.W.T. ALMIGHTY in a blink of an eye front the human at the world @ fitrah night to journey Al Isra' wal Mi'raj at EYE SOMEONE WHO VERY SPECIAL FROM ALLAH S.W.T. ๐ i love RASULULLAH S.A.W. FOREVER ๐คฒ
๐ซต Now the secret is out who is SYEIKH MALAYA ibnu arasy AL-NUSANTARA at ROOM 201 . MY JOB THE GOVERNMENT STAFF EASY NOT EASY BRO AND SIS . NOT EASY TO EASY FOR MAN WHO CALLED ibnu arasy DZIKRULLAH serban hijau @ green turban salawat JIBRIL A.S. Al-Qhudra , the who is VERY VERY HATED DEVIL AND DEMON AND SATAN FOREVERRR ๐ฎ BRAVO BRO ... KERJA AKU SEBAGAI PEGAWAI KERAJAAN BUKAN SANTAI SANTAI BRO . BUKAN SENANG HENDAK SENANG bergelar IBNU ARASY YANG DIBENCI IBLIS SELAMA LAMANYA ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ ๐ซต Congratulations BROTHER AND SISTER ... MY JOB THE GOVERMENT STAFF EASY NOT EASY BRO AND SIS . NOT EASY TO EASY FOR MAN WHO CALLED ibnu arasy who is VERY VERY HATED DEVIL AND DEMON AND SATAN FOREVERRR ๐ฎ ISLAM MUSLIM MY WAYS ๐ฎ IBNU ARASY PI MAI PI MAI TANG TU ATAS ARASY DI HARI PADANG MAHSYAR JUSTICE DAY BECAUSE HE PRAYING TO SAFE ALL CREATURES TODAY WITH BLESS FROM THE GOD @ ALLAH S.W.T. ALMIGHTY Dia pesan sebelum terbang, jaga 3 perkara ni, walau apa pun berlaku. ๐ ==
== UMUR SEMAKIN MENINGKAT. DOSA SEMAKIN BERTAMBAH. AKU BERSYUKUR MENJADI UMAT. SEORANG RASUL YG PALING TABAHHH
PADA HARI INI DALAM SEJARAH TAHUN 1996 . SAUDARA PENGARAH YUSOF HASLAM dalam rancangan MALAYSIA HARI INI telah ditanya berkenaan watak hero cerita filem Maria Mariana , mengapa tidak pilih penyanyi Awie dalam filem ini. Beliau berkata watak Jefri adalah seorang lelaki paling sempurna ( kacak handsome dan macho ) . Bagi beliau edika yusof adalah lelaki paling sempurna di Malaysia , sebab itu edika yusof di pilih hero Maria Mariana ... Sapa kat sini di Dunia boleh ubah SEJARAH. ALLAH HU AKBAR WE LOVE . SEGALANYA SURAT DARI TUHAN
*************************
ASAL USUL KALIMAH SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHAA ILLALLAH WALLAHHU AKBAR WALA HAULA WALA QUWATAILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM.
Ibnu Abbas r.a. berkata... Ketika Allah SWT menjadikan Arasy dan menyuruh malaikat memikulnya lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca " Subhanallah". Sebaik membacanya maka ia terasa ringan memikul Arasy dan mereka membaca selama - lamanya.Kata Ibnu Abbas r.a. lagi... Apabila Allah SWT menjadikan Adam A.S. maka yg mula-mula keluar dari mulut Adam A.S. ialah bersin. Lalu Allah SWT mengilhamkan kepada Adam A.S. untuk membaca kalimah "Alhamdulillah" lalu Allah menjawab "Yarhamuka Rabukka( kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).Kemudian malaikat berkata... Inilah kalimah yg mulia dan baik, dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabung dgn ayat pertama tadi dan mereka membaca 'Subhanallah Walhamdulillah'.Mereka membaca demikian sehingga Allah SWT mengutuskan Nuh A.S. Disebabkannya kaum Nabi Nuh A.S. adalah kaum yg pertama menyembah berhala maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh A.S. supaya menyuruh kaumnya membaca 'Laa illaha illalah' bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.Lalu malaikat berkata... inilah kalimah yg besar dan baik yg tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dgn kalimah yg dua itu sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah walaailaha illalah'.Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim A.S. Allah SWT memerintahkan supaya Nabi Ibrahim A.S. menjalankan korban anaknya, yg mana akhirnya Allah SWT menebus anaknya Ismail A.S. dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim A.S. melihat anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan seekor kambing maka Nabi Ibrahim menyebut 'Allahu akbar', kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yg dikurniakan oleh Allah kepadanya.Para malaikat berkata... Inilah kalimah keempat yg sungguh baik dan besar. Kemudian malaikat menggabungkan dengan kalimah yg tiga sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah walaailaha illalah Wallahu Akbar' .Ketika malaikat Jibrail A.S. menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW baginda merasa kagum dan terus membaca 'Laa haula Wala quwwata illa billahil ALIYIL aziem'.Kemudian Jibrail A.S. berkata... Gabungkan kalimah empat itu sehingga menjadi 'Subhanallah Walhamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar wala haula wala quwwata illa billahil aliyil aziem'.Wallahua'lam ุงููู ุฃَْูุจَุฑ************
YA ALLAH S.W.T.
semperna ulang tahun kelahiran ibnu arasy hari ini 6 June until FOREVER , BARKATH SALAMAT rahmat MU ALLAH S.W.T. ALMIGHTY dan syafaat NABI-NABI DAN RASUL-RASUL , ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa isteri dan anak anakku, dosa seluruh umat Islam masih hidup, dosa umat Islam yang telah meninggal dan dosa umat Islam yang akan datang. berikan hidayah pada seluruh orang bukan Islam di Dunia memeluk agama Islam beramai-ramai ๐ซต๐คฒ๐
AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA ALLAH ALLAHU AKBAR ๐ฎ
RASUAH , CEGAH SEBELUM MENJADI BARAH
Forum Utusan.
SAUDARA PENGARANG
KIRA SUA TAK PA LAH... JANJI KERJA BERES... niat tak halalkan cara.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.
Takrifannya : Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.
Seingat saya lama dah rakyat Malaysia MADANI dan rakyat Malaysia CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG diingatkan dengan bahaya amalan rasuah. Sudah banyak kempen dalam alam maya juga telah dimaklumkan pada penduduk Malaysia. Lagu Amboi Amboi Amboi nyanyian Y.B. Dato Syed juga telah memjadi bukti yg rakyat MALAYSIA BENCI RASUAH SAMPAI BILA BILA
Ingat tak kisah Riwayat Jerung Dan Ikan Bilis. Kalau anda ada pilihan, bagi mengurangkan species antara mereka berdua. Apa yang akan anda lakukan. JENIS TAK MAKAN SAMAN NI TETAP WUJUD SAMPAI BILA-BILA, HANYA TINDAKAN PALING TEGAS DAPAT MEMBENDUNGNYA.
Inilah sebenarnya perumpamaan antara golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung gigi besi ni sebenarnya susah sikit nak tangkap. Dia punya mengelupur boleh tenggelam bot penangkap ikan. Akan tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tak mengelupur pun. Tak kira la kamu jerung GIGI BESI ka, ikan bilis TAK ADA GIGI ka,sotong ka, salah tetap salah.
Sekarang ini, menurut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun. Pelajar pelajar sekolah harus difahamkan apa itu RASUAH dan kesannya pada NEGARA DI MASA AKAN DATANG KERANA MEREKALAH PEWARIS NEGARA INI.
Ikut sejarah, runtuh kota melaka kerana rasuah, runtuhnya sistem pemerintahan khalifah Ottomaniah di Istanbul pada 03 March 1924 kerana rasuah. Akhir zaman jangan tak tahu, Dajjal sebenar pun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya.
Sampai bila nak hidup seperti musang berbulu ayam. Lambat laun sampai masa kena juga. Ketika itu anda dan keluarga anda yang malu. Ini baru hukum dunia. Belum hukum di alam satu lagi. Fikir fikirlah. SESUNGGUHNYA NIAT TAK MUNGKIN MENGHALALKAN CARA MEMILIKINYA. Hanya sanya orang orang yang iman peringkat MUKHLASH sahaja menolak rasuah dan kerja haram di zaman ini. Apa itu sifat MUKHLASH, belajarlah dengan guru agama yang ada TAULIAH.... anda akan faham rahsia mengapa rasuah dan judi haram disisi ISLAM
NUKILAN IKHLAS.
IBNU ARASY
KEPALA BATAS
PULAU PINANG ALAM SEKITAR WARISAN GENERASI TURUN TEMURUN
FORUM UTUSAN MALAYSIA.
Saudara Pengarang.
Menjaga Dan Memelihara Alam Sekitar merupakan aset yang penting untuk kelastarian kehidupan semua makhluk dimuka bumi ini. Oleh itu, menjaga dan memelihara alam sekitar ini amat penting. Bagaimana pula dengan kewajiban dan tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar ini buat kita sebagai umat Islam?
Ya! sebagai seorang mukmin, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab ini. Ingatlah...alam sekitar ini juga adalah ciptaan Allah SWT dan setiap ciptaannya pasti ada sebab dan fungsinya.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud :
"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).
Maksud Alam Sekitar
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 bahawa alam sekitar membawa maksud :
“Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah. Hal. 25).
Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini didalam kitabnya al-Jumanah dengan penjelasannya bahawa :
“Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar
Al-Quran dan sunah telah memberikan satu penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber rujukan umat Islam ini menyeru setiap manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Allah SWT yang agung.
Ia sama sekali melarang sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar disamping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama disamping memeliharanya. Sesungguhnya usaha murni ini amat disanjung mulia disisi agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung disisi Allah SWT.
Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar dan ekosistem memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dan ianya mestilah selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran yang dikecapi.
Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan semua makhluk akan terancam.
Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras konsep Islam Hadhari.
Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis diantaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah Ali-Imran : 191).
Ayat ini menunjukkan bahawa secara fizikal, alam sekitar dan seluruh cakerawala ini adalah tanda kebesaran Allah SWT Yang Maha Pencipta. Orang-orang yang beriman perlu sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah didalam apa jua situasi.
Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.
Tanggungjawab Menjaga Alam Sekitar
Bumi ini bukanlah hak milik manusia untuk berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah hak milik Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia untuk berkongsi hidup dengan makhluk-makhluk yang lain yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah SWT diatasnya.
Justeru itu, setiap umat manusia perlu ingat bahawa kehadiran kita ini adalah sebagai khalifah Allah SWT diatas muka bumi yang juga milik Allah SWT. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.
Ingatlah, adalah tanggungjawab kita untuk memelihara dan menjaga alam sekitar dan ingatlah akan azab Allah SWT seandainya kita mengingkari perintahnya!
"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)
Setiap perbuatan yang baik dan melaksanakan tanggungajawab itu pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal... Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil, Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana...
“Tidak ada seorang muslim yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
AYUHHH.... KATA SAYANG ALAM SEKITAR, MAKA BUKTIKANLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA. KALAU PANDANG KEJORA DI LANGIT BIRU, JANGAN LUPA RUMPUT HIJAU DI BUMI. APA GUNA HUTAN BATU TINGGI MELANGIT. TETAPI HUTAN HAKIKI BOTAK LICIN DITARAH TANGAN TANGAN MANUSIA.
NUKILAN IKHLAS.
IBNU ARASY
KEPALA BATAS,
PULAU PINANG Provitamin A dan lain-lain khasiat dalam minyak CPO (Crude Palm Oil) tidak hilang tanpa pemanasan haba.Saudara Pengarang Forum Utusan Malaysia.Provitamin A dan lain-lain khasiat dalam minyak CPO (Crude Palm Oil) tidak hilang tanpa pemanasan haba.Alhamdulillah. Minyak kelapa sawit sudah terbukti di seluruh dunia sebagai minyak sayuran yang berkhasiat. Boleh dikatakan pada zaman sekarang, semua barangan makanan dan produk penjagaan diri diperbuat dari sumber kelapa sawit. Untunglah rakyat Malaysia mempunyai khazanah alam yang tidak akan pupus selama-lamanya ... Amin.Berbalik pada apa yang ingin saya utarakan di sini ialah, sebenarnya industri sawit membawa terlalu banyak keuntungan dan sumber ekonomi utama penduduk. Seperti yang kita tahu, minyak sawit di dalam pasaran berwarna kuning jernih. Ini adalah kerana proses pemanasan yang menukarkan warna asalnya oren pekat atau oren kemerahan. Provitamin A yang biasanya bertukar menjadi vitamin A dalam tubuh manusia telah hilang apabila melibatkan pemanasan haba setiap kali pemanasan pada minyak sawit merah atau disebut sebagai CPO. Jadi bagaimana untuk mengekalkan khasiat dalam CPO tanpa proses pemanasan haba.Di sini saya ingin mencabar semua rakyat Malaysia tidak kira doktor, jurutera atau ahli muzik sekalipun mencipta suatu kaedah yang membolehkan CPO bertukar menjadi minyak masak jernih tanpa melalui proses pemanasan. Saya yakin dalam ramai-ramai rakyat Malaysia berjumlah lebih kurang 50 juta @ FIFTY MILLION ini pasti ada yang akalnya melebihi batasan pemikiran manusia biasa yang dapat menukarkan CPO tanpa pemanasan haba. Khasiat Minyak Sawit Mentah ini terlalu banyak sebenarnya. Boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan seumpama makanan kesihatan lain di pasaran. Yang pasti Provitamin A dan lain lain khasiat dalam minyak sawit tidak hilang begitu sahaja dan menjadi manfaat bagi kesihatan manusia di masa akan datang.Saya Yang IkhlasIbnu Arasy DzikrullahMuar,
(LEFT ARASY ๐ง๐ฎ ARASY RIGHT) ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ก๐✈️๐ข ุงََُّٰููู ุฃَْูุจَุฑُ



Comments
Post a Comment